Wednesday, June 15, 2011

Kelantanese : Bukan bermaksud mengata orang negeri sendiri


Hello guys,
So, harini aku nak cakap pasal orang orang Kelantan, dorang punya attitude and all that lah kan ! Aku sendiri memang berdarah pure Kelantan. Parents pun macam tu. Senang cakap memang aku ni pure Kelantan, membesar kat sana, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah semua kat sana lah. Hmph family aku kalau nak kira kat Kelantan memang lah kita orang open sikit. Sebab Papa, teenage year dia, dia membesar kat Ampang, KL ! Mama pulak, lama duduk Bandung, Indonesia sebab sambung belajar kat sana. Memang tak salahkan dorang bila family kita orang terlebih open. And aku rasa ramai je, family yang macam kita orang kat Kelantan tu. Tapi, aku still rasa yang orang Kelantan okay la, tade attitude problems. Maybe sebab masa tu fikirang tak terbukak sangat.

Bila masuk UIA, duduk pulak dekat PJ, memang bukak mata aku. Betapa ramainya budak Kelantan yang kena culture shock, ada attitude problems, datang class lambat, suka sangat duduk dalam gang, bajet macam kau power je kan. Sebenarnya aku pun takpaham apa masalah dorang sampai nak kena culture shock. Tu baru KL, bukan USA lagi eh ? Okay la orang kata, memang aa aku takkan kena culture shock sebab dulu every two weeks memang aku turun KL. Haah memang aku dah biasa macam tu. So, apa kaitannya aku turun KL every two weeks dengan kau punya masalah kena culture shock ? Tu aku tak paham !

Kalau culture shock tu jadi masalah kau je, memang aku tade masalah. Tapi disini ingin saya highlight kan bahawasanya ia menjadi masalah bagi semua orang Kelantan, bila kau act macam orang uneducated. Nak kata kau tade otak, kau masuk U. Nak kata kau ada otak, takkan lah orang ada otak nak act cenggitu kan ? Macam peribahasa aa hanya kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Hanya sebab certain certain orang Kelantan yang act macam orang tade otak ni aa, yang lain pun kena label macam dorang jugak. Sampai aku malu tahu nak mengaku yang aku ni orang Kelantan.

Kalau lelaki, mesti kena label as playboy, ayat selalu power je kalau time nak usha perempuan, tapi bila lecturer tanya soalan haa tergagap parkinson kat situ jugak kauuu. Lepas tu, kalau jalan jalan mesti nak satu gang Kelantanese kan ? Pastu pastu kalau perempuan cantik lalu depan mata, mesti nak phewittt awek comel lah. Kalau sorang sorang tade pulak kau nak keluar kan phewit phewit kau tu kan ? Ceh buat malu kaum Adam je wehhhh !


Kalau yang perempuan pulak, mesti nak tergedik gedik. Lelaki lalu je mesti aa kuar ayat macam ni, alamak tudung aku harini tak match color dengan kurung, tudung tak jadi apa la kan ? Eh ingat mamat mamat semua tu tengok kau ke ? Tade weh tade ! Kecoh je lebih. Aku pun perempuan Kelantan jugak, tade pun nak act tergedik gedik macam tu. Chill sudah la ! Lepas tu kalau gaduh dengan balak kau, mesti aa kuar ayat cani, sobs sobs sobs nanti dah tade orang nak dekat aku dah, apa nak buat, aku rasa nak mati aa cani, nak bunuh diri ni. Sekali keluar ayat, kau nak aku tolong, meh kau nak apa, pisau, aku ada aaaaa. Geram tahu. Kalau betul nak mati buat aa betu; betul. Ni tak masalahnya, a week after tu pandai pulak kau keluar mall jumpa lelaki lain kan ? Haih :/ buat malu aku je jadi orang Kelantan. Macam murah sangat kot. Aigoo :(

Kbai, dah puas hati buat luahan and confession tak langsung kat sini. Hahahaha, nasihat nya, tolonglah ya, kerana jantan tu taknak dekat kau, ingat la kau takkan mati sebab nyawa tu Allah swt yang punya. And yang lelaki pulak, takyah la nak buat buat berani kalau setakat kau ada gang. Kita orang tak mesmerized la dengan attitude kau tu !

No comments:

Post a Comment