Tuesday, July 13, 2010

.maaf.

minta maaf pada semua
aku bukan manusia yang baik
jauh kepada manusia sendiri
juga pada penciptaku,Ya Allah Yang Maha Kuasa
aku hanyalah manusia biasa
yang mahu merasai kehidupan dunia
sayang iman yang tidak seberapa kadang-kadang membuatkan aku lalai seketika
sehingga tidak menyedari bahawa hayatku semakin kurang
manusia lambat laun ajalnya akan sampai
dan aku bukanlah terlalu bersedia untuk ke arah itu
Ya Tuhan,
dengarkah engkau akan luahan hati hamba-Mu ini?
aku manusia yang hancur
yang tidak pernah cuba untuk mensyukuri nikmat-Mu Ya Tuhan
dan aku hanya tahu bercanda,bersuka-ria
andai ku ingat segalanya aku lakukan
tapi andai tidak semuanya bagaikan angin yang berlalu sepi
terima kasih kepada rakan-rakan yang senantiasa berada di sisi
andai diri ini terlalai dilanda badai
aku rindu rakan-rakan lama
yang mengajar aku mungkin bagiku hanya kebaikan
mereka manusia yang baik
yang tidak pernah lupa untuk berdoa kepada-Mu
mensyukuri segala nikmat-Mu tiap kali mereka berjaya
sedangkan aku masih tidak berpuas hati
mahukan yang terbaik kerana aku dilatih untuk menjadi yang terbaik
bukan kedua atau ketiga

:|sayang|:

No comments:

Post a Comment