Wednesday, August 10, 2011

That Person

Sekarang dah masuk bulan puasa. Cukup sepuluh hari kita umat Islam menjalani ibadat puasa. Dan, hari ini, untuk kali pertama selepas Ramadhan, aku rindukan manusia manusia yang telah pergi dari hidup aku. Arwah nenek aku, Hajah Halimah, arwah Uncle aku, Uncle Bob and arwah kawan aku, Fatin Farhanah.

Rindu nak makan kuih yang nenek aku buat bila puasa. Rindu sebab aku tak sempat nak berjasa dengan dia. Rindu sebab dulu aku selalu memberontak menyusahkan dia. Rindu sebab dulu dia yang selalu bagi duit raya lelebih dari Papa and Mama. Rindu sebab dulu dia pernah nak mandi bersama dengan aku sebab kita orang dah lama tak buat banyak banyak buih, tapi aku cakap taknak. Rindu sebab a day before dia meninggal, aku balik rumah sebab esok sekolah. Rindu sebab aku tak boleh nak say "Selamat tinggal, nek." for the last time.

Rindu nak cakap dengan Uncle. Rindu nak dengar bila Uncle cakap pasal business. Rindu bila Uncle bawa pergi KL and selalu bawa kitaorang dua beradik pergi swimming pool dekat Crown Princess. Rindu nak pergi rumah Uncle dekat Batu Caves. Rindu sebab dulu jarang jarang dapat jumpa dia. Rindu sebab dulu, kalau dia nasihat mesti buat buat tak dengar. Rindu sebab I'm just 50 miles away from where he's dead but I couldn't go and see him.Rindu sebab tak sempat nak say "Goodbye, Uncle. Nanti, kita jumpa lagi di syurga." before dia pergi.

Rindu dengan Aten sebab selama dia ada, tak pernah nak menyempatkan diri untuk kenal betapa baiknya hati seorang Fatin Farhanah. Rindu sebab aku tak pernah nak luangkan waktu mendalami hati seorang kawan. Rindu sebab kenal dia kejap tapi dia sebenarnya baik. Rindu sebab before dia pergi, dia cakap "Nanti taktahu jumpa bila dah. Esok Aten dah nak pergi." sambil peluk aku kat tangga kat sekolah. Rindu sebab dia seorang kawan yang baik. Rindu nak ulang kaji before PMR. Rindu nak korek korek rahsia dia. Rindu nak spare time after habis PMR. Rindu sebab aku tak cakap "Aten tunggu la Nia, jangan pergi lagi."

Rindu dengan semua orang. Rindu dengan situasi dulu. Rindu kerana banyak benda yang tak sempat aku nak cakap. Rindu sebab dulu tak pernah nak appreciate dorang betul betul. So, bila dorang tade, memang aku menangis gila gila. Rindu sebab aku nak dorang sekarang.

Cuak bila fikir what my life would be kalau Papa Mama tade nanti. Cuak bila fikir one day bila adik aku dah tade nanti, bila orang tanya, aku nak cakap aku ada adik or not, cause half of the equation is gone. Cuak bila fikir one day best friends aku akan pergi. And aku sangat berharap aku pergi dulu, so that I'm not going to be the one who cries my tears out. Tapi itu semua ajal maut, di tangan Allah SWT. Dan kerana itu, aku berdoa semoga segala yang dirancang Allah SWT adalah yang terbaik bagiku :)

Amin Ya Rabb al-Amin.

No comments:

Post a Comment